assalamualaikum

Sunday 19 May 2013

Rencanaku....



Bulan Rejab Medan Tingkat Amalan Sunat

        Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kelendar islam. Rejab yang bermaksud ta'azim (Kebesaran, Keagungan dan Kemuliaan kerana Allah melimpahkan rahmat-Nya dan Kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia .Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan seumpamanya.
       Rejab adalah  bulan yang sangat mulia. Sewajarnya umat islam mengambil kesempatan dan merebut peluang pada bulan tersebut dengan melakukan dan menambahkan amalan –amalan  sunat  dengan sebanyak yang mungkin. Bulan Rejab adalah medan untuk umat islam untuk memburu pahala dan meningkatkan amalan mereka.


       Terlalu banyak amalan –amalan sunat yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan  al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa isnin dan jumaat , tadarrus al-quran dan lain-lain.

        Amalan yang terbaik pada bulan Rejab ialah berpuasa. Rasullulah SWT menyebut dalam hadisnya tentang kelebihan berpuasa pada Rejab yang berbunyi iaitu sesiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta mendapat syurga yang tertinggi.
Dengan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat khususnya dapat melatih diri dengan keadaan tersebut. Seterusnya, ianya menjadi rutin harian dan apabila memasuki bulan Ramadhan seseorang itu tidak kekok dan selesa untuk menjalani ibadah puasa dengan konsisten dan tidak mengalami sebarang masalah .

         Kesibukkan hidup atau leka dengan kemewahan dunia adalah faktor menyebabkan seseorang itu kurang melakukan amalan-amalan sunat. Selain itu juga, faktor kurang istiqamah dalam melakukan amalan sunat juga menjejaskan proses ibadat seseorang itu. Dengan kedatangan bulan Rejab mereka boleh mengambil peluang muhasabah diri masing-masing dan memperbaiki ibadat-ibadat sunat dengan lebih baik.
Kesimpulannya, antara kelebihan pada bulan Rejab ialah ianya dianggap bulan Magfirah (Keampunan), Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadhan mengandakan kebajikan. Selain itu juga, sesiapa yang melakukan kebaikan atau amalan sunat pada bulan rejab akan digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala. Oleh itu, umat islam disarankan agar menyibukkan diri dan merebut peluang dengan beribadat kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment