assalamualaikum

Friday 26 April 2013

Memori sahabat


Ukhwah itu mestilah sekuntum bunga yang kembang mekar… itulah yang dapat dikongsikan daripada program yang saya hadiri. Perasaan bercampur gembira dan kelakar apabila disantapkan dengan persembahan daripada peserta-peserta. Walaupun persembahan sangat simple dan sempoi tapi sangat menghiburkan. Nasyid yang didendangkan sangat penuh makna dan mengingatkan saya kawan-kawan seperjuangan yang lama di sekolah rendah dan menengah….kalaulah masa buleh diputarkan..benarlah kata pepatah berkawan biarlah SERIBU..terima kasih buat kawan-kawan walaupun dah mempunyai keluarga  tetapi masih berhubung….moga persahabatan ini hingga akhir hayat…INSYAALLAH…

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih,
ada awal tiada penghujungaNya.
Dicipta untuk mengingatinya,
dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..


 ..Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan…
        …Sahabat sejati menjadi pendorong impian…
…Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..





Tuesday 23 April 2013

Sedih seorang ibu

Marilah kita renung-renungkan ....

            Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
          
          Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
         
        Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
          
       Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
          
         ”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, . Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”