assalamualaikum

Tuesday 28 May 2013

Oh My English

            Buku ini sangat bermanfaat kepada saya terutamanya cara penggunaan grammar yang betul. Disamping penggunaan grammar, ianya banyak pendedahan tentang susunan ayat yang betul. Bagi pendapat saya, buku ini sesuai  untuk beginner dan sesiapa yang mahu pemantapan dalam bahasa Inggeris. Buku ini juga tidak membosankan kerana kaedah pembelajaran melalui dialog disamping mempunyai watak-watak yang melucukan daripada artist seperti  Rozita Che Wan, Izara Aisyah  Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Dan yang paling kelakar ialah 2 orang murid Cikgu Henry  iaitu Shafiq dan Jibam yang sentiasa meriuhkan keadaan sehingga tidak kering gusi. Jom berhibur sambil belajar!

Sunday 19 May 2013

Rencanaku....



Bulan Rejab Medan Tingkat Amalan Sunat

        Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kelendar islam. Rejab yang bermaksud ta'azim (Kebesaran, Keagungan dan Kemuliaan kerana Allah melimpahkan rahmat-Nya dan Kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia .Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan seumpamanya.
       Rejab adalah  bulan yang sangat mulia. Sewajarnya umat islam mengambil kesempatan dan merebut peluang pada bulan tersebut dengan melakukan dan menambahkan amalan –amalan  sunat  dengan sebanyak yang mungkin. Bulan Rejab adalah medan untuk umat islam untuk memburu pahala dan meningkatkan amalan mereka.

Boleh Bagi Saya Seringgit?



          Agak-agak siapa nak bagi kamu seringgit? Apa yang dapat saya kongsikan ialah tidak malu dan tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Seringgit diibaratkan modal dan bagaimana suatu modal dengan hanya seringgit akan bertambah dan makin bertambah seterusnya mendapatkan keuntungan. Ianya bergantung kepada macamana strategi kita untuk mendapatkannya.

Oh Niaga



         Banyak yang dapat saya belajar daripada perniagaan yang lepas .Tapi berniaga ni mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi. Nak tarik pembeli pun perlu ada kemahiran . Teringat kata-kata pak cik bahawa "jika kita hendak menjual sesuatu makanan, makanan tersebut kita harus cuba terlebih dahulu". Alhamdulillah sebagai permulaan jualan ok dan banyak lagi pengetahuan berkenaan perniagaan harus diperbaiki. Sedapnya laksa Utara!

Friday 26 April 2013

Memori sahabat


Ukhwah itu mestilah sekuntum bunga yang kembang mekar… itulah yang dapat dikongsikan daripada program yang saya hadiri. Perasaan bercampur gembira dan kelakar apabila disantapkan dengan persembahan daripada peserta-peserta. Walaupun persembahan sangat simple dan sempoi tapi sangat menghiburkan. Nasyid yang didendangkan sangat penuh makna dan mengingatkan saya kawan-kawan seperjuangan yang lama di sekolah rendah dan menengah….kalaulah masa buleh diputarkan..benarlah kata pepatah berkawan biarlah SERIBU..terima kasih buat kawan-kawan walaupun dah mempunyai keluarga  tetapi masih berhubung….moga persahabatan ini hingga akhir hayat…INSYAALLAH…

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih,
ada awal tiada penghujungaNya.
Dicipta untuk mengingatinya,
dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..


 ..Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan…
        …Sahabat sejati menjadi pendorong impian…
…Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..





Tuesday 23 April 2013

Sedih seorang ibu

Marilah kita renung-renungkan ....

            Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
          
          Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
         
        Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
          
       Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
          
         ”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, . Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”